Saturday, January 5, 2013

Cara Lajukan Windows 7



Hari ini TingkapBuruk nak tunjukkan cara - cara untuk melajukan windows 7.

AMARAN !!
Semua "Tweak" Adalah Pilihan
Gunakan "Tweak" Mengikut Budi Bicara Anda Sendiri
TingkapBuruk Tidak Akan Bertanggungjawab Untuk Sebarang Kesilapan Yang Berlaku






TUKAR "POWER PLAN" KE KUASA MAKSIMUM

Dalam keadaan asal tetapan kuasa Windows 7 tidak ditetapkan secara automatik untuk prestasi maksimum.
ianya telah ditetapkan untuk prestasi kuasa seimbang (balance) dengan penggunaan tenaga pada "hardware". jika kita tidak dapat prestasi yang optimum dari Windows 7 maka menukar mod kepada (high Performance) adalah perlu

  • Pergi ke Start Menu -> Control Panel -> Power Option
  • Pilih "High Performance"






Pergi ke Advanced Power Settings.
Hard Disk -> Turn off hard disk after -> set Never



CEPATKAN PEMASA "BOOT"


  • Tekan [WIN] + R
  • Taip msconfig dan tekan Enter untuk membuka System Configuration windows.
  • Klik pada bahagian Boot
  • Lihat pada kotak Time Out (30 seconds dalam keadaan asal)
  • tukar masa Time Out ke 3 second. ( minimum)
  • Tick "No GUI boot" untuk mematikan logo windows 7 semasa Boot Up (pilihan)
  • Klik Apply kemudian OK


MOD 0 seconds "Time Out"

Computer -> klik kanan pilih Properties
Klik Advanced System Settings untuk buka System properties
Pilih Ruangan Advanced
Lihat pada bahagian Startup and Recovery pilih Settings...
Kemudian buang tick pada bahagian "Time to display list of operating systems" dan klik OK




MATIKAN FUNGSI "AERO THEME"

Desktop -> klik kanan pilih Personalize
Klik ruangan Window Color
buang tick pada bahagian kotak Enable Tranparency kemudian Save changes




MATIKAN "VISUAL EFFECTS" YANG TIDAK DIPERLUKAN

  • Computer -> klik kanan pilih Properties
  • Klik Advanced System Settings untuk buka System properties
  • Pilih Ruangan Advanced
  • Lihat pada bahagian Performance pilih Settings
  • Pilih Custom
  • tick hanya 4 bahagian bawah




MATIKAN "STARTUP PROGRAM YANG TIDAK DIKEHENDAKI

  • Tekan [WIN] + R
  • Taip msconfig dan tekan Enter untuk membuka System Configuration windows.
  • Klik pada bahagian Startup
  • Buang tick pada program yg tidak dikehendaki
  • Klik Apply kemudian OK


MATIKAN SERVICES YANG TIDAK DIKENDAKI

  • Klik Start Menu -> Control Panel -> Administrative Tools -> Services
  • Atau -> Tekan [WIN] + R
  • Taip services.msc kemudian Enter


Senarai Services yg boleh dimatikan (disable)

  • Application Experience
  • Base Filtering Engine
  • Computer Browser (jika PC tidak bersambung dengan network)
  • Desktop Window Manager Session Manager (jika tidak mahu menggunakan aero effects)
  • Diagnostic Policy Service
  • Disk Defragmenter (ssd)
  • Distributed Link Tracking Client
  • IP Helper
  • Offline Files
  • Portable Device Enumerator Service
  • Print Spooler (jika tidak menggunakan Printer)
  • Protected Storage
  • Remote Registry (jika mahu Security lebih baik)
  • Secondary Logon
  • Security Center
  • Server (jika PC tidak bersambung dengan network)
  • Tablet PC Input Service
  • TCP/IP NetBIOS Helper
  • Volume Shadow Copy
  • Windows Defender
  • Windows Error Reporting Service
  • Windows Media Center Service Launcher
  • Windows Search (matikan jika jarang digunakan )
  • Windows Time (matikan jika tidak mahu sync auto masa dari internet)

MATIKAN FUNGSI USER ACCOUNT CONTROL (UAC)

  • Pergi ke Start Menu -> Control Panel -> User Account and Family Safety
  • Klik User Account
  • Klik Change User Account Control Settings
  • Gerakkan Slider ke Never Notify
  • Klik OK dan REBOOT


MATIKAN WINDOWS 7 FEATURES

  • Pergi ke Start Menu -> Control Panel -> Programs and Features
  • Buang tick pada program yang tidak dikehendaki (contoh: Games,Tablet Pc)
  • Klik OK dan REBOOT

MATIKAN AERO SNAP FEATURES

  • Pergi ke Start Menu -> Control Panel -> Ease Of Access Center
  • Klik Make it easier to focus on task
  • Klik kotak Prevent windows from being automatically arranged when moved to the edge of the screen
LAJUKAN MASA "MENU SHOW DELAY'
  • Tekan [WIN] + R
  • Taip regedit dan tekan Enter untuk membuka registry editor (regedit)
  • Di regedit pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop
  • Klik kanan  MenuShowDelay dan klik Modify
  • Ubah bacaan asal ke "1" ( Value data asal adalah 400 )
  • Klik OK dan Reboot
p/s- Bacaan Value data boleh diubah diantara 0 hingga 4000. Lebih rendah nombor bermakna 
lebih laju tindakbalasnya. Walaubagaimanapun TingkapBuruk tidak menggalakkan Value data diubah kepada "0".

LAJUKAN MASA MOUSE HOVER TIME"
  • Tekan [WIN] + R
  • Taip regedit dan tekan Enter untuk membuka registry editor (regedit)
  • Di regedit pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Mouse
  • Klik kanan  MouseHoverTime dan klik Modify
  • Ubah bacaan asal ke "10" (Value data asal adalah 400)
  • Klik OK dan Reboot
LAJUKAN PEMASA "SHUT DOWN"
  • Tekan [WIN] + R
  • Taip regedit dan tekan Enter untuk membuka registry editor (regedit)
  • Di regedit pergi ke HKEY_LOCAL_MACHINE\CurrentControl\Control
  • Klik kanan  WaitToKillServiceTimeout dan klik Modify
  • Ubah bacaan asal ke "5000" (Value data asal adalah 12000)
  • Klik OK dan Reboot

p/s- Bacaan Value data boleh diubah diantara 1000 hingga 20000 (1-20 saat). Lebih rendah nombor bermakna lebih cepat komputer akan shutdown. Dalam setup ini komputer tingkap buruk di ubah bacaan ke 1000. jika komputer anda mempunyai masalah dengan PROGRAM disebabkan komputer masa SHUTDOWN terlalu cepat. ulang semula setup diatas dengan meninggikan lagi bacaan masa.

No comments:

Post a Comment